Saturday, March 21, 2009

AKTIVITI PERSATUAN PSM SMS LAHAD DATU 2009





Takwim Persatuan Sains Dan Matematik


01. Pendaftaran Ahli Baru.


02. Melantik AJK Persatuan


03. Pertandingan Esei Sains dan Mathematics


04. RekaCipta.


05. Pidato Perdana Sains dan Mathematics


06. Lawatan Sambil Belajar



















Friday, March 20, 2009

Omar Khayyam

Omar Khayyám (bahasa Parsi عمر خیام; lahir: 18 Mei 1048 di Nishapur, Iran (Parsi) – mati: 4 Disember 1131), adalah seorang pemuisi, ahli matematik, dan ahli astronomi. Nama asalnya Ghiyatuddin Abu al-Fatah Omar ibni Ibrahim Al-Nisaburi Khayami (غیاث الدین ابو الفتح عمر بن ابراهیم خیام نیشابوری). Khayam (خیام) adalah perkataan pinjaman bahasa Arab yang bermakna "pembuat khemah." Beliau paling dikenali kerana himpunan puisinya, Rubaiyat Omar Khayyam.

Ahli matematik

Khayyam termasyhur semasa hidupnya sebagai ahli matematik kerana mencipta kaedah untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga melalui menyilangi parabola dengan bulatan. Walaupun pendekatannya pernah dicuba oleh Menaechmus dan orang-orang lain, Khayyam memberikan generalisasi yang merangkumi kesemua kuasa tiga. Tambahan pula, beliau menemui kembangan binomial dan menulis kritikan terhadap teori-teori selari Euclid yang kemudian tersebar ke Eropah dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan geometri bukan Euclid di sana.
Pada tahun 1070, Khayyam menulis sebuah mahakarya mengenai algebra. Dalam karya ini, beliau mengelaskan persamaan menurut darjahnya, dan memberikan peraturan untuk menyelesaikan persamaan kuadratik yang amat serupa dengan penyelesaian yang digunakan pada hari ini, serta kaedah geometri untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga dengan punca nyata. Khayyam juga menulis tentang tatasusun segi tiga untuk pekali binomial yang dikenali sebagai segi tiga Pascal. Pada tahun 1077, beliau menulis Sharh ma ashkala min musadarat kitab Uqlidis ("Penjelasan tentang Kesukaran dalam Postulat Euclid"). Sebahagian yang penting di dalam bukunya mengenai postulat selari Euclid yang termasyhur yang juga menarik minat Thabit ibn Qurra. Al-Haytham pernah mencuba suatu tunjuk cara untuk postulat ini, tetapi percubaan Omar adalah jauh lebih maju. Khayyam juga menghasilkan karya-karya geometri lain yang terkenal, khususnya berkenaan dengan teori perkadaran.
Ahli astronomi
Khayyam juga termasyhur sebagai ahli astronomi. Pada 1073, Malik-Shah, sultan Seljuk, menjemput Khayyam membina sebuah balai cerap serta bertugas untuknya, bersama dengan berbagai-bagai ahli sains lain yang terkenal. Kesudahannya, beliau dengan amat tepatnya (jitu ke enam tempat perpuluhan) mengukur tahun suria sebagai 365.24219858156 hari panjangnya. Ukuran takwimnya ini hanya mempunyai ralat sehari pada setiap 5,000 tahun, manakala takwim Gregory yang kini digunakan mempunyai ralat sehari pada setiap 3,330 tahun. Beliau juga menghitung dengan tepat takwim Parsi. Pada 15 Mac 1079, Sultan Jalal al-Din Malekshah Saljuqi (1072-92) menguatkuasakan takwim yang dibetulkan oleh Khayyam seperti di Eropah, apabila Julius Caesar menguatkuasakan pada tahun 46 SM takwim yang dibetulkan oleh Sosigenes, dan seperti Paus Gregory XIII yang berbuat demikian pada Februari 1552 dengan takwim yang dibetulkan oleh Aloysius Lilius (walaupun Britain tidak menukarkan takwim Julian kepada takwim Gregory sehingga tahun 1751, dan Rusia tidak berbuat demikian sehingga tahun 1918).
Khayyam termasyhur dalam dunia Parsi dan Islam kerana pencerapan astronominya. Beliau mencipta sebuah peta (kini telah hilang) untuk bintang-bintang di langit. Khayyam juga menganggarkan dan membuktikan kepada para hadirin yang termasuk Imam Ghazali, cendekiawan berprestij yang paling dihormati ketika itu, bahawa alam semesta tidak bergerak mengelilingi bumi seperti yang dipercayai pada masa itu. Dengan membina sebuah pentas yang berputar dan menyusun carta-carta bintang yang mudah dan yang diterangi oleh lilin di sekeliling dinding bilik yang bulat, beliau menunjuk cara bahawa bumi berputar pada paksi sendiri dan oleh itu, membawa kepada penglihatan berbagai-bagai buruj pada sepanjang malam dan siang (melengkapi kitaran sehari). Beliau juga memperincikan bahawa bintang-bintang merupakan objek pegun di dalam ruang dan yang, jika ia bergerak di sekeliling bumi, akan terbakar menjadi bara, akibat jisimnya yang besar. Kesemua teori ini diterimaguna oleh ahli-ahli astronomi Kristian berabad-abad kemudian dan diberi penghargaan untuknya, sebagaimana yang kita tahu kini.

Sains, (bahasa Latin; "scire")



Sains, (bahasa Latin; "scire") merupakan ilmu yang dicipta melalui pemerhatian, hipotesis, eksperimen, dan logik yang mana bertujuan untuk menerangkan dan menjangkakan sesuatu kajian. Pemerhatian, eksperimen, dan alasan yang kritikal memberikan peranan yang besar dalam kepentingan kemajuan ilmu sains. Satu disiplin kebanyakannya boleh dianggap sebagai satu sains. Jika para pengamal mengaplikasikan 'cara saintifik' merujuk kepada falsifikasionis. Ini melibatkan pembentukan satu hipotesis, diikuti percubaan untuk mengesahkan kajian melalui pemerhatian, hipotesis, eksperimen, dan logik. Hipotesis yang telah diuji daripada pelbagai keadaan dan masih lagi dapat bertahan, secara tepatnya diterima sebagai satu anggaran kepada kebenaran, dan memperoleh status teori; pemerhatian masa depan mungkin boleh mengenepikannya.


Teflon adalah jenama bagi polimer polytetrafluoroethylene (PTFE) yang telah ditemui oleh Roy J. Plunkett dari DuPont pada tahun 1938 dan telah diperkenalkan sebagai satu produk komersial pada tahun 1946. Ini merupakan satu fluoropolimer tetapi bukan satu termoplastik dalam keadaan yang sebenarnya.
PTFE mempunyai daya koefisien bagi pepejal bahan yang diketahui. Ia digunakan sebagai pelapik yang tidak melekat pada periuk dan peralatan memasak. PTFE adalah paling tidak reaktif, dan ia biasanya digunakan di dalam kontena dan 'pipework' bagi bahan kimia yang sangat reaktif. Takat leburnya adalah 327°C, tetapi ciri-ciri degradasi melebihi 260°C.